Tempat Makan Menarik di Penang Waktu Malam – Kadang bila stay kat George Town, especially kalau datang bercuti atau short trip dengan kawan-kawan, waktu malam tu la yang paling hidup.
Lampu jalan mula menyala, bau makanan mula merayap ikut angin, dan perut pun mula bagi isyarat. Memang Penang ni syurga makan, tapi malam hari dia lain macam suasana nyaman, banyak gerai buka sampai lewat, dan vibe dia memang “lepak-able”.
Kalau korang tengah cari kedai makan malam George Town Pulau Pinang yang power dan memang berbaloi nak repeat, sini aku dah listkan port makan yang best-best, dengan gabungan menu klasik dan moden.
Ada nasi kandar legend, mee sotong padu, sampai ke nasi lemak daun pisang pun ada. Yang penting, semua tempat ni ada cerita dan rasa tersendiri.
1. Restaurant Hameediyah
Hameediyah ni antara restoran nasi kandar paling legend kat Penang. Dah lebih 100 tahun berdiri teguh, dan setiap kali orang sebut pasal nasi kandar, nama ni confirm masuk list.
Ayam ros dia antara yang paling popular, lembut dan penuh rempah. Kuah campur sini tak kedekut langsung, memang syurga untuk pencinta kuah banjir.
Tempat makan di penang waktu malam dia pun bersih, cozy walaupun sentiasa ramai orang. Servis pantas, harga pun berpatutan untuk portion besar. Kalau korang datang waktu makan malam, confirm kena beratur sikit tapi berbaloi.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | 164 A, Lebuh Campbell, 10100 George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
Waktu Operasi | Setiap Hari, 10:00 Pagi – 10:00 Petang |
Nombor Telefon | +6042611095 |
2. Hameed Pata Mee Sotong
Kalau korang lalu area Esplanade Park, bau mee sotong dari gerai Hameed Pata ni boleh buat kepala berpaling.
Mee dia pekat, pedas manis, dan sotong dia masak lembut gila, bukan jenis liat. Kuah dia tu yang jadi tarikan utama, warna merah pekat dengan rasa umami yang kena dengan tekak rakyat Malaysia.
Servis cepat, tempat makan santai gaya gerai, dan harga pun okay. Waktu malam lepas Maghrib ramai gila orang, jadi kalau nak elak queue, datang sikit awal.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | 5, Esplanade Park, Lebuh Light, 10300 George Town |
Waktu Operasi | Isnin-Khamis, Sabtu: 11:30 Pagi – 8:00 Petang. Jumaat rehat 1:00 – 2:30 Petang. Ahad Tutup |
Nombor Telefon | +60134319384 |
3. Deen’s Nasi Kandar
Nak nasi kandar padu, kuah pekat dan pilihan lauk mantap lepas waktu kerja? Deen’s Nasi Kandar jawapannya.
Walaupun tak sepopular Hameediyah, ramai locals suka port ni sebab rasa dia authentic dan harga lebih mesra poket.
Antara lauk wajib cuba kat sini kari kambing, telur rebus sambal dan daging masak hitam. Kombinasi kuah campur dia buat nasi tu cair dalam mulut.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town |
Waktu Operasi | Isnin-Khamis, Sabtu-Ahad: 12:00 Tengah hari – 9:30 Malam. Jumaat Tutup |
Nombor Telefon | +60124252421 |
4. Sup Hameed
Kalau tengah malam craving something panas-panas dan berempah, Sup Hameed memang penyelamat.
Terletak betul-betul dekat Komtar, port ni sangat popular dengan sup gearbox dia. Selain tu, ada sup ayam, daging, perut, dan kaki yang semua dimasak dengan kuah yang kaw.
Tempat makan dia sederhana, tapi sentiasa penuh dengan bau harum sup mendidih. Sesuai sangat kalau korang nak makanan ringan tapi mengenyangkan.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | 48, Jalan Penang, 10000 George Town |
Waktu Operasi | Isnin-Sabtu: 8:00 Pagi – 1:30 Pagi. Ahad: 9:00 Pagi – 1:30 Pagi |
Nombor Telefon | +6042618007 |
5. Ali Nasi Lemak Daun Pisang
Walaupun nampak macam gerai kecil tepi jalan, tapi nasi lemak Ali ni ada fanbase dia sendiri. Nasi lemak dibalut daun pisang, dan pilihan lauk macam sambal sotong, telur rebus dan ayam goreng semuanya rasa “home-cooked” sangat.
Sesuai untuk dinner ringan atau bawak balik ke hotel. Ramai juga orang beli borong untuk tapau balik ke KL.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | Beach Street, Georgetown, 10300 George Town |
Waktu Operasi | Isnin – Sabtu, 7:00 Pagi – 2:00 Petang |
Nombor Telefon | Tiada |
6. Mee Sotong Special
Kalau dah malam dan tekak craving mee sotong dengan kuah pekat pedas manis yang ‘meletup’, Mee Sotong Special ni antara port wajib singgah.
Terletak di tengah-tengah George Town, gerai ni memang jadi tumpuan kaki makan malam yang cari menu berat sikit tapi tetap padu. Mee dia tak kembang, sambal dia pula cukup kaw. Sotong dimasak empuk dan penuh rasa memang puas!
Tempat makan agak santai, sesuai lepak sambil nikmati suasana malam Penang. Harga pun berpatutan, dan portion cukup besar untuk kongsi dua orang. Kalau datang waktu puncak, memang kena sabar sikit tunggu giliran.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
Waktu Operasi | Isnin–Jumaat: 3:00 Petang – 3:00 Pagi, Sabtu: 3:00 Petang – 12:00 Pagi, Ahad: 3:00 Petang – 3:00 Pagi |
Nombor Telefon | Tiada |
7. Nasi Dalca Rahim
Kalau korang belum pernah rasa nasi dalca asli gaya Penang, Nasi Dalca Rahim patut masuk list malam ni.
Terletak di Lebuh Queen, kedai ni legend dengan dalca lembut dan kaya rasa. Lauk-pauk dia pun banyak pilihan dari ayam goreng rempah, daging masak hitam sampai telur rebus sambal.
Kuah dalca dia memang lain dari yang lain pekat, berempah, dan sedap dimakan dengan nasi panas. Makan malam kat sini terasa macam makan kat rumah, penuh dengan rasa nostalgia dan aroma kampung.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | Lebuh Queen, 10450 George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
Waktu Operasi | Isnin–Ahad: 10:00 Pagi – 10:00 Petang |
Nombor Telefon | +60149078052 |
Baca Pula : 10 Kedai Makan Malam Alor Setar Yang Wajib Kau Try 2025
8. Roti Canai Jalan Argyll
Nak makan malam yang simple tapi puas hati? Roti Canai Jalan Argyll ni memang juara. Roti canai dia garing di luar, lembut di dalam dan bila cicah dengan kuah dhal atau kari ayam, terus rasa macam waktu pagi walaupun dah malam! Gerai ni tak besar, tapi pelanggan tak putus-putus.
Selain roti canai, dia juga ada roti telur, roti planta dan teh tarik yang “menghanyutkan”. Tempat ni paling sesuai untuk supper santai, terutamanya lepas pusing-pusing bandar waktu malam.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | Jalan Argyll, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
Waktu Operasi | Setiap Hari, 6:00 Pagi – 1:00 Petang |
Nombor Telefon | Tiada |
9. Syazana Nasi Melayu
Nak cari kedai makan malam di Penang yang ada feel restoran moden tapi jual lauk kampung?
Syazana Nasi Melayu kat Penang Times Square ni port paling ngam. Pilihan lauk sangat banyak dari kari ikan, ayam masak merah, sambal udang sampai ke ulam dan sambal belacan.
Waktu malam, tempat ni jadi tumpuan sebab dekorasi dia moden dan selesa. Banyak spot OOTD juga! Harga mungkin sedikit premium tapi portion besar dan rasa sangat berbaloi. Sesuai kalau datang ramai-ramai.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | Penang Times Square, 10150 George Town, Penang, Malaysia |
Waktu Operasi | Selasa–Ahad: 10:00 Pagi – 4:00 Petang, 6:00 – 11:00 Petang. Isnin: Tutup |
Nombor Telefon | +60164697313 |
10. Nasi Kandar Pokok Ketapang
Nasi Kandar Pokok Ketapang ni antara hidden gem kat George Town. Walaupun tempat dia tak sebesar restoran popular lain, tapi rasa nasi kandar dia memang luar biasa. Kuah campur penuh rempah, ayam goreng berempah rangup, dan sambal dia pedas-pedas sedap.
Ramai orang kata rasa dia old-school, macam zaman dulu-dulu. Kalau nak avoid crowd besar, datang awal malam.
Area parking pun agak senang. Makan bawah pokok, sambil dengar bunyi kenderaan lalu-lalang memang lain macam suasana dia.
Info | Maklumat |
---|---|
Alamat | 38, Jalan Hutton, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
Waktu Operasi | Sabtu – Khamis: 8:00 Pagi – 8:00 Petang. Jumaat: 8:00 Pagi – 1:30 Petang, 2:30 – 8:00 Petang |
Leave a Comment