Resepi Bubur Candil Manis Mewah betul dengan warna-warni Bubur Candil ini ya!

Bubur Candil antara sajian menu pencuci mulut yang bukan sahaja ‘sedap mata memandang’ tetapi juga enak untuk dinikmati.

Buat mak-mak yang hendak memancing selera anak-anak untuk makan, bolehlah cuba masak Bubur Candil ini. 

Berikut resipi dan cara-cara membuat Bubur Candil seperti yang dikongsikan oleh Alin Danial

xr:d:DAFOVJfN9NU:3,j:37346378038,t:22100704

Bahan Resepi Bubur Candil

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam halus
  • pewarna jika suka
  • 2 liter air untuk merebus
  • 1 1/2  liter air sejuk untuk merendam (Masukkan dalam bekas)

Bahan Untuk Kuah Bubur Candil

  • 800ml santan
  • 100gm gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan – simpul
  • 2 sudu kecil tepung ubikayu / jagung – larutkan dengan sedikit air

Cara Penyediaan

  1. Satukan tepung pulut dan garam.  Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh, jika keras tambah 2-3 sudu kecil air.
  2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna mengikut suka. 
  3. Gentel bulat-bulat buat hingga habis.
  4. Didihkan air hingga mengelegak di dalam periuk.  Masukkan bebola pulut dan masak hingga timbul di permukaan air.  Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  5. Kuah :  Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga mendidih.  Kemudian masukkan larutan tepung ubikayu untuk memekatkan kuah.
  6. Toskan bebola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan.

Mudah je kan, nak buat resepi bubur candil sedap ni ? Tunggu apa lagi.

Kongsi:

Tags:

Leave a Comment