Resepi Cempedak Goreng Rangup Cempedak rangup merupakan kudapan lumrah di Malaysia. Kudapan Mudah dibeli di kedai kudapan tepi jalan dan pasar malam. Justeru, cempedak goreng disukai oleh semua kalangan.

Untuk lidah orang pertama kali cuba, mungkin akan terasa pelik sebab cempedak yang digoreng rasanya lunak dan berserat.

Itu ialah hal biasa untuk kali pertama, namun jika cuba kali kedua ketiga mesti ketagih dibuatnya.

Paling sedap buat cempedak goreng dengan bancuan tepung yang rangup. Apabila digoreng, akan terkeluar rasa manis dan sedap lebih apabila dibalut resepi tepung goreng cempedak rangup.

Bayangkan kalau beli cempedak goreng di kedai, RM2 dapat tiga ketul bahkan ada yang jual RM 1 satu ketul.

Tapi kalau buat sendiri, beli satu buah cempedak baru RM 20 saiz sederhana, boleh dapat banyak ketul, puas makan satu keluarga, jiran pun dapat rasa. 

Resepi Cempedak Goreng yang sungguh rangup, sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas, dan jugak hidangan yang lazat untuk juadah berbuka puasa apabila digoreng panas.

Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum.

Bahan Resepi Cempedak Goreng Rangup

  • Cempedak secukupnya
  • 1 1/2 Cawan tepung beras
  • 1/4 Cawan tepung gandum
  • 1 Biji telur ayam
  • 1 Sudu kecil garam
  • 1/2 Sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 Sudu kecil kunyit

Cara Penyediaan Resepi Goreng Cempedak Rangup

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras soda bikarbonat, kunyit dan garam
  3. Masukkan telur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan
  4. Kacau sehingga adunan betul2 sebati dan tidak berketul
  5. Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.
  6. Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.
  7. Angkat dan toskan di atas kertas tisu

Sekian cempedak goreng resepi yang sedap dan rangup untuk anda. Selepas ini tak payah beratur pergi beli lagi. Rasa pun belum tentu sedap.

Yang penting, pastikan bancuhan tepung untuk goreng dan buat cucur cempedak itu mengikut sukatan yang betul.

Jangan cair sangat, jangan pekat sangat. Takut-takut tak menjadi nanti. Biar rangup, barulah sedap!

Kongsi:

Tags:

Leave a Comment