Resepi Kuey Teow Kantonis – Terdapat banyak jenis menu kuey teow sebenarnya. Ada kuey teow ladna, kuey teow kungfu, kuey teow tomyam dan bermacam-macam lagi.

Kuey teow Kantonis ini antara kegemaran ramai juga. Jom tengok beberapa resepi kuey teow basah Kantonis yang kami kongsikan ini. Mudah dan senang sahaja.

Bahan Resepi Kuey Teow Kantonis

Bahan Perasa Kuey Teow Kantonis

  • 2 Sudu kecil sos tiram
  • 2 Sudu besar kicap cair
  • 1/2 Sudu kecil kicap pekat
  • 1/2 Kiub pati ayam – hancurkan
  • Sedikit garam

Bahan Kuah Kuey Teow Kantonis

  • Isi ayam secukupnya – hiris
  • 4-5 Ekor udang – jika suka
  • 2 Keping fish cake – hiris
  • 3 Tangkai sayur sawi atau bok choy – potong
  • 1 In carrot – potong halus
  • 3 Sudu besar minyak masak
  • 2 Ulas bawang putih – ketuk
  • 3 Cawan air

Bahan Pemekat Kuey Teow Kantonis

  • 1 Biji telur – pukul ringan dengan garfu
  • 1 Sudu besar tepung jagung – larutkan dengan sedikit air

Bahan Utama Kuey Teow Kantonis

  • 1 Packet Kuey Teow
  • 1 Sudu besar minyak bawang putih
  • 1/2 Sudu kecil minyak bijan
  • 1 Sudu besar kicap manis
  • 1 Sudu besar kicap cair

Cara Penyediaan Kuey Teow Kantonis

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang putih hingga naik bau. 
  2. Ketepikan ** 1 sudu besar minyak bawang**  tadi dan masukkan ke dalam non-stick pan.  Tinggalkan bawang putih dan lebihan minyak untuk membuat kuah kuey teow.
  3. Cuci kuey teow dan toskan. 
  4. Gaul di dalam non-stick pan bersama minyak bawang putih, minyak bijan, kicap cair dan kicap manis. 
  5. Goreng seketika hingga bergaul rata.  Ketepikan.
  6. Dalam periuk kuah, masukkan hirisan isi ayam dan udang, masak seketika.  Masukkan fish cake dan carrot, gaul rata.
  7. Masukkan air dan tambahkan dengan bahan perasa.  Biarkan mendidih. 
  8. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan bahan pemekat dan biarkan mendidih seketika.
  9. Untuk menghidang, masukkan kuey teow ke dalam mangkuk dan tuang kuah ke atasnya.

Resepi kuey teow goreng basah paling sedap kantonis ini senang sahaja kan? Anda boleh buat dalam setengah jam sahaja. Menu ini juga enak dimakan untuk waktu malam atau sarapan pagi.

Kami juga ada kongsikan resepi kuey teow goreng sedap dan resepi char kuey teow yang mudah dan sedap. Kalau ada lagi lebihan kuey teow, boleh cuba resepi lain pula!

Kongsi:

Tags:

Leave a Comment