Resepi Kuey Reow Theng – Kuey teow theng jarang-jarang nak dengar, sebab tak semua tempat boleh dapat.

Kalau pergi Penang mesti makan kuey teow theng ni. Kuey Teow Theng sejenis kuey teow sup cuma lain sedikit.

Kalau orang Penang mesti tahu Rasa kuey teow theng ni macam mana kan?

Nak kata macam kuey teow sup tapi bukan macam sup biasa. Sup kuey teow theng ni kena manis ye, boleh bayang tak sup yang manis.

Untuk membuat kuey teow theng agak simple tapi rasanya sangat berbeza dan sedap sekali.

Walaupun simple je supnya, tapi ada juga bahan sampingan lain seperti ayam rebus.

Dan boleh juga sediakan apa-apa sahaja bahan tambahan lain yang anda suka seperti bebola ikan, isi ketam dan sebagainya.

Bahan Resepi Kuey Reow Theng

Bahan Untuk Sup

  • Sengkuang 1 biji (saiz paling kecil). Cara potongnya nipis-nipis tapi lebar. Lebih sedap dan rasa manis nanti bila masak dalam kuah.
  • Halia 1 inci (diketuk)
  • Serai 2 batang (diketuk)
  • Lada putih 2 sudu besar
  • Ayam (ikut suka nak banyak mana). Lepas rebus, boleh keluarkan dari sup dan carikkan halus-halus untuk jadikan lauk sampingan
  • Kiub ayam 2 ketul
  • Gula batu saiz besar 3-5 ketul (untuk jernihkan dan maniskan sup)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Untuk Cabai Merah

  • Cili kering
  • 1 kiub ikan bilis
  • Gula
  • Garam

Bahan Untuk Cabai Hitam

  • Cili padi 30-40 biji
  • 2 biji bawang putih
  • Gula secukupnya

Bahan Sampingan untuk Kuey Reow Theng

  • Taugeh
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Isi ketam

Bahan sampingan ni semua celurkan dalam air yang panas sahaja. Kalau nak goreng pun boleh ikut citarasa masing-masing.

Cara Penyediaan Kuey Reow Theng

Cara penyediaan kuey reow theng ini dibezakan menjadi 3, mula mula kita buat sup dulu, lanjut buat cabai merah dan akhir sekali buat cabai hitam, paham ye ? Jom mulakan!

Cara Nak Masak Sup

  1. Satukan kesemua bahan dalam periuk bersama dengan kuantiti air yang mencukupi. Ikut nak banyak mana kuah.
  2. Rebus sampai sebati dan kuahnya sedap dan wangi.

Catatan untuk buat Sup

  • Apa yang penting anda perlu tahu ialah, kuah sup kuey teow th’ng ni rasanya lebih kepada manis berbanding masin. Jadi, rasanya nanti anda boleh adjust mana yang lebih atau kurang.
  • Dalam kuah tak perlu masukkan ajinomoto sebab boleh hilangkan manis sup.
  • Sebabkan ini ialah hidangan mee Chinese style, jadi tak perlu masukkan sup bunjut atau daun sup. Rasanya lebih neutral.
  • Rasa rempah-rempah pun tak ada sebab ianya boleh melarikan rasa dan konsep hidangan ni.
  • Kalau anda gunakan gula batu kecil, boleh letakkan sepaket. Sebab rasa manisnya light-light je berbanding gula putih.

Cara Nak Buat Cabai Merah

  1. Kisar cili kering, kemudian masak atas api sampai masak.
  2. Masukkan kiub ikan bilis dan gaul sebati.
  3. Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  4. Rasa untuk cabai merah ni pun perlu lebihkan rasa manis.
  5. Dah siap.

Cara Nak Buat Cabai Hitam

  1. Kisar cili padi dan juga bawang putih.
  2. Masak atas api dan letakkan gula ikut rasa.
  3. Garam tak perlu letak sebab cabai hitam ni lebih kepada rasa manis-manis pedas juga.
  4. Kalau rasa tak nak buat cabai hitam pun tak apa. Tapi cabai merah perlu ada.

Cara Penyediaan Bawang Putih Goreng Rangup

  1. Sediakan berapa banyak bawang putih anda suka. Kemudian tumbuk. Tak perlu tumbuk sampai halus. Kalau ada chopper lebih mudah.
  2. Gorengkan bawang putih dalam minyak yang banyak. Perlu sentiasa kacau untuk elakkan bawang hangus. Kalau hangus nanti rasanya pahit.
  3. Goreng sampai kuning keemasan, kemudian angkat.
  4. Ambil sikit bawang goreng ni dengan minyak sikit, kemudian taburkan atas sup yang dah siap dibuat tadi. Bau sup akan harum semerbak nanti.
  5. Dah siap, sedia dihidangkan dengan bahan sampingan yang lain juga.

Fuh! Aroma kuey teow theng ni memang memanggil-manggil.

Nampak je simple macam ni tapi rasanya sangat sedap sekali.

Ditambah pula dengan pelbagai condiments dalam tu memang akan buat kuey teow theng nampak meriah.

Dalam hidangan kuey teow theng apa yang penting ialah minyak bawang putih. Minyak bawang putih mesti kena ada, yang lain tak ada tak apa lagi.

Sebab minyak bawang putih ni akan membangkitkan aroma dan rasa sup tersebut.

Resepi Kuey teow thng ini, ibu-ibu boleh cuba buat dirumah disebabkan agak mudah. Pasti anak-anak dan suami sukakannya. Selamat mencuba!

Kongsi:

Tags:

Leave a Comment