Resepi Meatball Carbonara Cheese Mencari hidangan ala itali sebenar, kaya akan cheese, berkrim dan berasaskan meatball?

Resepi meatball carbonara cheese ialah hidangan tepat yang anda cari.

Sesuai di makan pada waktu tengahari ataupun untuk makan malam.

Resepi menarik yang membangkitkan selera ini didatangkan daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad dilaman Facebook.

Bahan Meatball Cheese Resepi

  • Bebola daging
  • Lada benggala
  • Bawang Holland
  • Minyak untuk menumis
  • 1 tin sos carbonara
  • Susu segar
  • Keju mozzarella

Cara Penyediaan Meatball Cheese Resepi

  1. Bebola daging digoreng terlebih dahulu. Selepas itu tumis lada benggala dan bawang bersama sedikit minyak.
  2. Tuang sos carbonara. Masukkan satu tin sos carbonara di dalam kuali. Masak sampai mendidih, dan masuk susu segar lebih kurang setengah cawan dan lada hitam hancur.
  3. Tuangkan sos cabonara ke atas bebola daging. Letakkan  keju mozarella di atasnya.
  4. Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah selama 10-15 minit. Selamat mencuba.

Selain resepi meatball cheese carbonara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Kongsi:

Tags:

Leave a Comment