Resepi Pancake Pisang – Hari-hari nak sediakan sarapan atau bekal anak-anak ke sekolah memang boleh pening kepala juga dibuatnya.
Apa kata cuba buat pancake pisang hasil sumbangan khairulaming ini.
Walaupun ringkas, tapi tetap menyelerakan. Anak-anak mesti suka. Mak-mak yang tengah diet pun boleh ‘layan’ juga jom simak resipi berikut ni.
Bahan Resepi Pancake Pisang

Bahan A
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
Bahan B
- 4 biji pisang berangan
- 3 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur gred A
- 1 cawan susu segar (boleh guna santan kotak)
- 4 sudu besar minyak
Cara Penyediaan Pancake Pisang Resipi
- Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
- Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B.
- Kacau dengan whisk
- Sendukkan dalam kuali non-stick dan masak dengan api perlahan
- Tutup pot atau non-stick pan. Masakkan 3-4 minit
- Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair
Mudah saja membuatnya. Kalau ada pisang lebih, biasanya asyik buat cucur saja kan?
Jadi lepas ini bolehlah cuba resepi pancake ini pula. Ianya sudah tentu alternatif yang lebih sihat berbanding cucur sebab ianya tak digoreng dalam minyak banyak.
Bagi yang ada idea untuk menu yang ringkas dan lazat begini, jom kongsikan resepi anda bersama kami.
Leave a Comment