Resepi Pancake Tanpa Telur – Ingin mencuba penkek yang paling mudah, tetapi rasa dan tekstur masih datang ke hadapan? Sudah tiba masanya untuk anda mengalami keseronokan penkek tanpa telur.
Cara membuatnya sangat mudah dan bahan-bahannya tidak rumit. Hidangan manis ini sesuai untuk dimakan untuk sarapan pagi dan snek petang.
Bagi Pasangan Manis yang alah kepada telur dan ingin mencuba penkek, jangan risau. Anda masih boleh merasai keenakan penkek tanpa telur.
Tunggu apa lagi? Jom, mula buat di dapur anda sendiri dengan resipi penkek tanpa telur yang sangat lazat.

Bahan Resepi Pancake Tanpa Telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan gula
- 1/2 cawan susu segar
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- Air secukupnya
- Secubit garam
- Strawberi untuk hiasan
- Madu untuk cicah
Cara Penyediaan Pancake Tanpa Telur Resepi
- Masukkan tepung, gula, soda bikarbonat, baking powder, garam, marjerin, esen vanilla dan air ke dalam blender dan blendkan sampai berbuih.
- Tapiskan bahan yang telah diblender ke dalam mangkuk.
- Panaskan non-stick pan dan masukkan sesenduk adunan. (Pastikan api kecil je).
- Biarkan sehingga masak. (kalau nak tau dah masak belum, pancake tak melekat dekat pan).
- Angkat dan susun dalam piring. Curahkan madu dan tabur strawberi atau apa-apa buah yang ada.
- Siap dan sedia untuk dihidang sebagai sarapan pagi atau minum petang
Penkek sedia untuk dimakan! Walaupun anda tidak menggunakan telur, mereka masih rasa enak dan dijamin membuat anda ketagih.
Jom, cuba resipi penkek tanpa telur untuk diri sendiri dan buktikan keseronokan.
Jangan lupa juga mencuba resipi penkek lain iaitu penkek pisang coklat dan penkek coklat keju.
Leave a Comment