Resepi Sago Gula Melaka – Anda suka makan Puding Sagu Gula Melaka? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan.
Resepi Puding Sagu Gula Melaka, hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa.
Walaupun resepinya mudah tetapi sangat versatile jika dihidangkan dengan cantik dan kemas.
Masa memasaknya pun tidak lama. Pasti puas hati. Cubalah.
Bahan Resepi Sago Gula Melaka

Bahan Untuk Sagu
- 1 1/2 cawan sagu
- Air Secukupnya
Bahan Untuk Kuah Santan
- 2 1/2 Cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
- 1 Sudu besar tepung beras
- 1 Sudu kecil garam
- 1 Helai daun pandan, carik dan simpul
Bahan Untuk Sirap Gula Melaka
- 1 Ketul besar gula melaka
- 3 Sudu besar gula merah serbuk Thai
- 2 Sudu besar gula pasir
- 1 Helai daun pandan, carik dan simpul
Cara Penyediaan Sago Gula Melaka
Cara penyediaan Sago Gula Melaka ini dibezakan menjadi 3, mula mula kita buat Sagu dulu, lanjut buat kuah santan dan akhir sekali buat sirap gula melaka, paham ye ? Jom mulakan!
Cara nak buat Sago Gula Melaka
- Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
- Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
- Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
- Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
- Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Cara Kuah Santan Sago Gula Melaka
- Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
- Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.
Cara Sirap Gula Melaka
- Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
- Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
- Tapis dan sejukkan.
Catatan
- Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka.
- Sirap gula melaka: tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.
Leave a Comment