Resepi Salad Sayur Mayonis Sihat dan cantik merupakan impian semua wanita dan semua orang. Ada sesetengah orang sanggup makan benda yang pelik-pelik atau ubat-ubatan untuk cantik.

Ya mungkin kesannya cepat, tapi untuk masa akan datang macam mana agak-agak?

Jadi apa yang lebih baik adalah, makan benda atau makanan daripada sumber semulajadi sahaja.

Biar lambat kesannya tapi menyihatkan. Jadi tunggu apa lagi? Anda boleh coba resepi salad sayur mayonis untuk diet kat bawah ini, jom cuba!

Bahan Resepi Salad Sayur Untuk Diet

  • Sayur-sayuran; salad jepun, timun jepun, tomato ceri, carrot, lada benggala, kobis ungu.
  • Kekacang (badam atau gajus).
  • Minyak (zaitun atau VCO),
  • Mayonis,
  • Sos blackpepper,
  • Kismis.

Cara Penyediaan Resepi Salad Diet

  1. Rendam dan basuh sayur-sayuran tadi dalam air garam atau cuka supaya hilang segala kotoran/racun (wajib rendam dan basuh dulu baru potong supaya khasiat sayur tidak hilang).
  2. Potong sayur nipis-nipis mengikut selera masing-masing.
  3. Campur semua sayur ke dalam satu mangkuk besar.
  4. Gaulkan sayur bersama mayonis dan sos blackpepper.
  5. Masukkan sesudu kecil VCO/minyak zaitun.
  6. Tabur badam/gajus dan kismis.
  7. Siap.

Selain resepi salad sayur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami

Kongsi:

Tags:

Leave a Comment