Resepi Sandwich Tuna – Hari ini kami akan kongsikan resepi yang tersangatlah simple dan senang dibuat, senang dimakan. Ialah sandwiche tuna.
Sandwich tuna memiliki banyak kebaikan. Ianya menu sarapan yang simple, sedap, bergizi. Menyediakannya sangatlah mudah, rasanya pula sedap.
Sandwich tuna mestilah asasnya menggunakan ikan tuna. Selain itu, juga terdapat sayuran yang sihat.
Sandwich mudah dimakan dan mudah dibawa. Sehingganya ramai orang yang membeli sandwich untuk sarapan dimakan bila pergi ke sekolah dan tempat kerja.
Mak di rumah boleh cuba menyediakan sandwich di rumah. Jika mak ingin sandwich macam kedai My.news mak boleh rujuk resepi yang kami kongsikan ini.
Sandwich tuna yang dikongsikan oleh azie kitchen di laman Facebook. Selamat mencuba.
Bahan Resepi Tuna Sandwich

Bahan Untuk Layer Tuna
- Tuna mayonis Ayam Brand
- Bawang besar sikit yang didadukan
- Mayonis 1 sudu besar
- Sos cili 1 sudu besar
- Cili api sedikit
Bahan Untuk Layer Sayur
- Timun yang didadukan
- Tomato yang didadukan
- Mayonis 1 sudu
- Sos cili 1 sudu
Bahan Lain
- Salad
- Roti
Cara Penyediaan Sandwich Tuna Resepi
- Gaulkan bahan untuk layer tuna.
- Dalam mangkuk lain, gaulkan pula bahan untuk layer sayuran.
- Sediakan 3 keping roti untuk 1 set sandwich.
- Letakkan bahan sayuran dan ratakan.
- Kemudian letakkan salad atasnya. Ambil 1 keping lagi roti dan letakkan atas salad ni.
- Kemudian ratakan bahan tuna atas roti ni pula.
- Dan tutup dengan lapisan roti yang ketiga.
- Kemudian potongkan silang pangkah. Akan dapat dalam 4 mini sandwich dalam 1 set tadi.
- Sedia dihidangkan!
Mudah je kan. Nak buat sandwich ni walaupun ada 2 layer dengan campuran bahan pelbagai, tapi nak sediakannya sekejap je. Beberapa keping roti boleh dapatkan sandwich mini yang banyak dan lengkap isinya.
Selain resepi sandwich tuna, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.
Leave a Comment