Resepi Spaghetti Goreng Makanan western seperti spegeti seringkali menjadi pilihan setiap kali bosan makan nasi.

Tapi buat sesetengah orang, spaghetti gaya western tidak sesuai dengan tekak mereka.

Jom ikuti resepi spaghetti goreng pedas perkongsian oleh Nora Azni. 

Spaghetti Resepi ini sesuai untuk mereka yang ‘tekak melayu kerana telah diolah supaya sesuai dengan selera rakyat Malaysia.

Bahan Resepi Spaghetti Goreng Simple

  • 1/2 paket spaghetti
  • 2 sudu garam (rebusan spaghetti)
  • 1/2 biji bawang kuning (dipotong kiub)
  • 500g daging kisar
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit air rebusan spaghetti
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1/2 biji lada benggala kuning (dihiris)
  • 1/2 biji lada benggala hijau (dihiris)
  • Minyak
  • Mixed herbs

Cara Penyediaan Resepi Spaghetti Goreng Sedap

  1. Rebus spaghetti dan masukkan garam.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan masukkan bawang kuning.
  3. Tumis sehingga naik bau dan masukkan daging kisar.
  4. Masukkan bawang putih, cili boh, sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air rebusan spaghetti. Gaul.
  5. Masukkan cili merah, lada benggala kuning dan hijau.
  6. Masukkan spaghetti yang sudah direbus. Gaul.
  7. Tabur mixed herbs.
  8. Sedia dihidangkan.

Kongsi:

Tags:

Leave a Comment