Resepi Tom Yam Putih Tomyam putih ni, kalau dapat makan semangkuk, confirm hirup kuah sampai licin.

Apa sajalah menu masakan Thai, memang ramai gemarinya sebab cukup rasa pedas, masam, dan manisnya.

Perkongsian menu hari ni ialah resepi tomyam putih ala Thai sedap, pedas dan wangi.

Kalau diamati, tomyam putih ni ialah menu masakan Thai yang paling simple sekali.

Sebab bahannya paling ringkas. Dan rasanya masih sedap dan menyelerakan

Jom lah simak resepi tom yam mudah putih berikut ni.

Bahan Resepi Tom Yam Putih Simple

Untuk lauknya, boleh ikut selera masing-masing nak masukkan apa.

Boleh jadikan tomyam ayam sahaja, atau tomyam seafood. Untuk sayuran pun begitu juga.

Kebiasaannya orang masukkan lobak merah, baby jagung, tomato dan macam-macam lagi.

  • Ayam/udang/sotong (ikut mana suka)
  • Tomato 3 biji
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Daun limau purut 4 helai
  • Serai 3 batang
  • Limau nipis 2 biji (diambil jus sahaja)
  • Lengkuas 1 inci
  • Cili api 6-7 biji (ikut tahap kepedasan yang anda mahu)
  • Kiub pati ayam 2 ketul
  • Air 3 cawan
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan Resepi Tom Yam Putih Simple

  1. Mula-mula masukkan air ke dalam periuk dan tenggekkan atas dapur.
  2. Masukkan tomato ke dalam periuk. Dan biarkan air mendidih sampai tomato sedikit lembut.
  3. Kemudian masukkan serai dan lengkuas.
  4. Masukkan pula ayam dan biarkan sampai air sedikit menggelegak.
  5. Seterusnya masukkan cili api, bawang putih dan daun limau purut. Biarkan lagi menggelegak. Dan masukkan pula bawang merah.
  6. Bila air semakin menggelegak dan ayam pun dah empuk, boleh masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kemudian perahkan jus limau nipis. Masa perahkan tu, pastikan biji limau tak termasuk sekali sebab nak elakkan kuah menjadi pahit.
  8. Biarkan mendidih sikit lagi, dan boleh tutup api.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Catatan

  • Untuk mendapatkan lebih kuah tomyam bolehlah dicampur dengan air biasa semasa memasaknya
  • Kulit dan kepala udang dibiarkan untuk memberi rasa manis seafood yang sedap bila direbus.
  • Buang tulang tengah daun limau purut supaya kuah tak pahit.
  • Sotong perlu masukkan lambat sbb sotong tak boleh masak lama sgt kalau tidak sotong akan liat dan keras.

Selain resepi ini, anda juga boleh menjengah lagi ke blog kami untuk mendapatkan resepi-resepi yang menarik untuk anda cuba.

Kalau keluarga anda teringin nak makan tomyam putih ala Thai tapi malas nak ke restoran, bolehlah sediakan manu ni.

Kadang-kadang yang simple itulah yang paling digemari. Selamat mencuba!

Kongsi:

Tags:

Leave a Comment