Resipi Ayam Masak Kurma Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari hari ni?

Kak Ros nak kongsikan resepi Ayam Masak Kurma yang sangat sedap.

Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, juga dipercayai hasil dari pengaruh masakan India cuma cara orang Melayu masak lain sikit lah.

Ianya sangat berempah, tetapi warnanya agak pudar kerana tidak mempunyai serbuk cili di dalam campuran rempahnya

Bagi yang baru nak belajar masak pun boleh cuba resipi ni. Sangat senang nak dicuba. Anda pasti puas hati.

Bahan Resipi Ayam Masak Kurma Paling Sedap

Bahan Untuk Resipi Ayam Masak Kurma Sedap

  • 1/2 Ekor Ayam
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 4 Biji Buah Pelaga
  • 2 Kuntum Bunga Cengkih
  • Daun Kari
  • 1/2 Ekor Ayam
  • 1 Batang Karot
  • 1 Biji Kentang
  • 1 Mangkuk Kecil Santan Cair
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1 Mangkuk Kecil Santan Pekat
  • 1 Biji Tomato
  • 2 Biji Cili Hijau, Belah 2
  • 2 Biji Cili Merah, Belah 2
  • 3 Biji Cili Padi
  • Garam Secukup Rasa

Bahan Bancuhan Rempah Ayam Kurma

  • 1 Pek Rempah Kurma/ 3 Sudu Besar
  • Sedikit Air

Bahan Untuk Tumbuk Halus Masak Kurma Ayam

  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 3 Biji Bawang Merah
  • 2 Inci Halia

Cara Penyediaan Resipi Ayam Kurma Mudah

  1. Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
  2. Panaskan minyak dalam ½ mangkuk kecil. Kita perlukan minyak secukupnya supaya rempah masak dengan sempurna.
  3. Tumis rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  4. Masukkan 1-2 tangkat daun kari. Wangi kalau kita masukkan daun kari dalam tumisan.
  5. Setelah itu masukkan bahan tumbuk halus, kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  6. Masukkkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
  7. Setelah kering, masukkan sedikit air. Setelah kering kali ke 2, Kak Ros tambah sedikit air putih kalau anda rajin ulang langkan ni sebanyak 2-3 kali sampai rempah kita betul2 masak.
  8. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan, anggaran ½ ekor.
  9. Masukkan karot dan kentang yang dipotong dadu besar
  10. Tambah 1 mangkuk kecil santan cair. Kalau anda guna santan kotak, boleh masukkan air putih je pada waktu ni.
  11. Masukkan juga 1 biji bawang besar yg dibelah 6.
  12. Bila dah agak empuk karot dan kentang, buka penutup kuali dan masukkan santan pekat, anggaran 1 mangkuk kecil.
  13. Masukkan tomato yang dibelah 4 tadi, cili merah, cili hijau dan cili padi.
  14. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau nak ganti dengan asam keping pun boleh.
  15. Perasakan dengan garam secukupnya.

Catatan

  • Kak Ros masukkan sikit2 santan pekat sebab tak nak terlebih santan, tak sedap kalau terlalu berlemak. Kita nak kuah masak kurma yang masih pekat rasa rempahnya. Kalau guna santan kotak, anggaran 1 kotak kecil santan.

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda.

Kongsi:

Tags:

Leave a Comment